Get your own Digital Clock

NORITA BT. SAIDI.....PPG/BM/06/00860/2012/2/KIC......TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH(KRT3013)

Jumaat, 19 Oktober 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA



Salam perkenalan kepada semua rakan-rakan yang pertama kali melawat ke laman blog saya. Tujuan saya membina blog ini adalah untuk memenuhi keperluan kerja kursus saya untuk semester 2 ini, bagi Matapelajaran Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT 3013).
            Alhamdulillah dan akhirnya  saya berjaya juga dan terhasil juga cubaan untuk membangunkan blog pertama saya dan ini adalah hasilnya yang tidak seberapa. Oleh itu saya mengharapkan jika sekiranya ada komen dan tunjuk ajar yang membina daripada rakan-rakan dalam KIRKBY supaya saya dapat memperbaiki kesilapan atau kekurangan yang terdapat dalam blog pertama saya ini.

Sekian dan terima kasih ;)

JENIS-JENIS AYAT



Jenis-Jenis Ayat Dalam Bahasa Melayu Hari Ini
Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis ayat untuk menyampaikan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan Bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya menggunakan satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca sewaktu membaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik akan selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan para pembaca.
Ayat Bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:

Ayat-Ayat Dalam Bahasa Melayu
Ayat Penyata
Ayat Perintah
Ayat Tanya
Ayat Seruan

AYAT PENYATA



Ayat Penyata
Makna
Contoh Ayat
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
Contohnya:
i.  Kakak sedang menyiram bunga.
ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

AYAT TANYA


Ayat Tanya
Makna
Contoh Ayat
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii. Sudahkah adik minum susu?
iii.Bagaimanakah laying-layang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?