Ayat Perintah
|
|
Makna
|
Contoh Ayat
|
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang
melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh,
melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
|
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau
perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan
melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan
permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada
permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu
.
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak
usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk
melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau
menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan
jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
|
Get your own Digital Clock
NORITA BT. SAIDI.....PPG/BM/06/00860/2012/2/KIC......TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH(KRT3013)
Jumaat, 19 Oktober 2012
AYAT PERINTAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan